Sejarah Tiger Airways

Penerbangan ini ditubuhkan pada 12 Disember 2003 dan memulakan penjualan tiket pada 31 Ogos 2004. Penerbangan ini memulakan operasinya dalam suasana kesulitan yang melandai industri penerbangan akibat harga minyak yang melambung dan juga saingan hebat dari penerbangan yang lain. Tiger Airways menundakan rancangannya untuk mengenakan bayaran tambahan minyak seperti yang dilakukan oleh pesaingnya.

Pada 21 September 2005, syarikat ini melaporkan bahawa untuk tahun pertama operasinya, ia telah melihat lebih 50,000 penumpang menggunakan penerbangannya, 5000 penerbangan yang mengikut jadual, dan kadar penerbangan yang sempurna sebesar 98.7%. 94% penerbangan yang berlepas dan 90% penerbangan yang tiba berlangsung mengikut jadual. Ia juga telah membeli empat buah pesawat dan melancarkan penerbangan ke 9 destinasi.

Penerbangan ini mengharapkan untuk meningkatkan armadanya ke sembilan pesawat Airbus A320 pada penghujung 2006, dan untuk melayani sekurang-kurangnya 3 juta penumpang setiap tahun pada masa itu. Ia juga mengharap untuk menambahkan lagi enam destinasi pada 2006, kebanyakkan ke China dan India.

Tiger Airways adalah penerbangan kos rendah pertama dari Singapura yang menerima kelulusan dari pihak berkuasa China untuk terbang ke bandar-bandar di selatan China seperti Haikou, Guangzhou dan Shenzhen dalam sebuah pengumuman pada 21 Februari 2006. Penjualan tiket ke destinasi-destinasi tersebut dimulakan pada 24 Februari 2006, dengan penerbangan pertama ke Shenzhen pada 15 April, Haikou pada 26 April dan Guangzhou pada 27 April 2006. Tiger Airways mendapati penerbangan ke bandar-bandar tersebut sangat popular dan telah meningkatkan bilangan penerbangan ke Haikou dan Guangzhou kurang dari tiga bulan sejak pelancarannya.[7]

Tiger Airways Australia

Pada 9 Februari 2007, Tiger Airways menyatakan yang ia ingin menjadi syarikat penerbangan domestik ketiga di Australia untuk bersaing dengan Virgin Blue dan Qantas/Jetstar.[8] Tiger Airways Australia akan menggunakan jaringan domestik Australia bagi mengembangkan kehadirannya di sana menerusi pintu masuk Darwin dan Perth, dan kemudiannya Melbourne. Pada 16 Mac 2007, syarikat ini memerima kelulusan dari pihak berkuasa Australia untuk menubuhkan sebuah subsidiari,[9], dan Tiger Airways Australia ditubuhkan pada hari yang sama.[10]Tiger Airways Australia mula beroperasi pada 23 November 2007, dan destinasi yang dilayani (masa kini dan hadapan) sudah meliputi semua daerah dan wilayah di sana.

Incheon Tiger Airways

Rencana utama: Incheon Tiger Airways

Pada 5 November 2007, Tiger Airways mengumumkan yang ia akan memulakan sebuah penerbangan kos rendah dari Korea. Ini merupakan sebuah usaha bersama Tiger Aviation dan Bandar Metropolitan Incheon. Penerbangan ini akan melayani destinasi ke Jepun, China, Mongolia dan hujung timur Rusia. Penerbangan ini akan berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul, Korea Selatan.

Rujukan

WikiPedia: Tiger Airways http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://www.smh.com.au/news/business/tiger-airways-... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu...